Thursday, October 28, 2010

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


Image Image

Sekolah ini terletak di lot 5269 dan Lot 5298 dalam Mukim Sabak Bernam. Negeri Selangor Darul Ehsan. dengan keluasan 12 ekar. Jarak dari Pekan Sabak Bernam kira-kira 1 Km. 0.75 Km ke selatan Sungai Bernam. 35 Km dari Bandar Teluk Intan Perak. 110 Km dari Bandar Klang. 145 Km dari Ibu Kota Kuala Lumpur .Terletak di tepi Jln Kalabakan iaitu utama Klang-Teluk Intan. Pendidikan aliran Inggeris dan pembinaan sekolah telah bermula pada pertengahan tahun 1951 di atas tanah yang diwakafkan oleh Dato’ Tan Boon Chong, dengan pemilihan pelajar pelopor seramai 63 orang (33 orang murid Melayu dan 30 orang murid Cina). Pada 7 November 1954, Raja Tun Uda (Menteri Besar Selangor) telah merasmikan sekolah Inggeris pertama, diberi nama Sekolah Rendah Inggeris Sabak Bernam. Pada tahun 1955, seramai 33 orang pelajar (gambar kecil) terpilih setelah berjaya dalam peperiksaan masuk ke sekolah menengah dan menjadi pelopor pelajar yang meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Inggeris. Sekolah Menengah Inggeris Sabak Bernam telah bermula pada awal tahun 1956, namun masih menumpang di bangunan Sekolah Rendah Inggeris dengan ditadbirkan oleh seorang Guru Besar sehingga tahun 1959. Menjelang tahun 1960, pentadbirannya telah dipisahkan dan pelajarnya dipindahkan ke bangunan yang baru iaitu Sekolah Khir Johari (Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari kini.

Bermula dengan 33 orang pelajar, sekolah ini telah mengalami evolusi pertambahan pelajar yang ketara. Pada tahun 1960 seramai 247 orang, 1962 seramai 383 orang seterusnya meningkat kepada 727 orang pelajar pada tahun 1968. Pada tahun 1966, para pelajarnya pula berpindah ke bangunan baru dengan nama Sekolah Lanjutan Jalan Feri (kini SMK Tunku Abdul Rahman Putra .

Sekolah Inggeris ini telah mengalami evolusi nama dan lencana sekolah seperti di bawah:

  • Government English School (GES) Sabak Bernam
  • National Type Secondary School(NTSS) Sabak Bernam
  • Sek. Men. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam
  • SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STAR Putra) Sabak Bernam

LENCANA YANG DIGUNAKAN OLEH SEKOLAH:

Image Image Image



Para Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini:

  1. EN. WILLIAM JALIEH 1960-1962
  2. EN. BENAD FERNANDEZ 1962-1968
  3. EN. MOHD ARIS HJ. OTHMAN 1968 (3 bulan)
  4. EN. YAHYA HJ. ABAS 1968-1970
  5. EN. MOHAMMAD B. AHMAD SANI 1970-1972
  6. EN. MAULAN B. DOLLAH MOKERI 1972-1980
  7. EN. ZAINAL B. ABDUL SAMAD 1980-1985
  8. TN. HJ. ISA B. HAJI ABU 1985-1991
  9. TN. HJ. SHAMSUDDIN B. MAT JAYA 1991-1995
  10. TN. HJ. MAHMUD B. NAIM 1995-1999
  11. TN. HJ. BAJURI B. ABDULLAH 1999-2000
  12. TN. HJ. SURIMIN B. GIMAN 2000-2003
  13. TN. HJ. MD ZAINI B. AB. KUDUS 2004-2007
  14. PN.HJH JAMEAH BT HJ SALLEH 2007-2009



No comments:

Post a Comment