Thursday, October 28, 2010

Karnival ICT 2010

SMKTARP menghantar peserta seramai 50 orang termasuk guru pengiring yang terdiri dari Cikgu Zawahir Bt Daud, Cikgu Azizah Bt Wahid, En Amel B Ibrahim , En Basori dan beberpa guru lain yang mengambil bahagian.

Tahniah Smktarp..

S E M O G A B E R J A Y A!!!

Image

PENGETUA BARU SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU SMKTARP SABAK BERNAM.
PADA 9 SEPTEMBER 2010.

Image

Selamat Datang Kepada Pn Dr Hjh Rosnah Bt Selamat ke Sekolah ini untuk mengisi kekosongan jawatan Pengetua. Ketibaan Pengetua yang baru pada 1 September 2010 lalu disambut oleh beberapa orang guru termasuk Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Kanan Sains Matematik, Guru-guru dan Kaunselor. Selepas itu beliau dibawa ke bilik pengetua untuk menandatangani buku pelawat. Seterusnya beliau diiringi ke Dewan Makan untuk program Berbuka puasa dan penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim. Beliau memberikan Ucaputama kepada semua warga SMKTARP dan pelajar asrama.

ALUMNI @JUBLI EMAS

ALUMNI STAR PUTRA

GES/NTSS/SMKTARP SABAK BERNAM

ImageImageImage

ImageImageImageImageImageImage


Sekolah (Kelas) Menengah Inggeris Sabak Bernam yang bermula dengan 33 murid pada awal tahun 1956 telah berkembang dengan pesatnya menjadi 1234 murid pada awal tahun 2009. Sekolah Menengah Inggeris yang awal hingga sekarang telah melalui perubahan nama iaitu Government English School (GES) Sabak Bernam, National Type Secondary School (NTSS) Sabak Bernam dan Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) Sabak Bernam.Selamat bertemu semua bekas pelajar dan bekas guru. Mengimbas kembali era persekolahan suatu nostalgia. Kejayaan murd-murid mengharumkan nama sekolah harus diberi pujian. Tidak lupa juga, kecemerlangan murid-murid adalah hasil usaha guru-guru membimbing murid-murid menjalankan peranan mereka. Kita amat menghargai jasa bakti mereka.Semua bekas pelajar GES/NTSS/STARP, marilah kita menggembleng tenaga. Kita lanjutkan semangat khidmat bakti. Kita kukuhkan semangat “1 Malaysia”. Kita perkasakan kembali Alumni STAR Putra. Kita letakkan alumni ini di persada mahligai. Bersempena “55 Tahun Sekolah Ku Cemerlang”, (1956-2010) organisasi Alumni STAR Putra akan memulakan langkah sebagai sebahagian sumbangan kecil kita untuk kembali ke sekolah. Tak mungkin berulang peristiwa manis sebagai murid sekolah. Peristiwa masa lalu masih membara dalam ingatan.

Urusetia Majlis Malam Sejambak Budi II dengan kerjasama PIBG SMK Tunku Abdul Rahman Putra,telah menghimpunkan seluruh bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan GES/NTSS/STARP dan ibu bapa pelajar SMKTARP pada:

Tarikh: 10 Julai 2010

Hari: Sabtu

Masa: 8.00 Malam

Tempat: Dewan STAR PUTRA,

SMK Tunku Abdul Rahman Putra, 45200 Sabak Bernam, Selangor.


Urusetia Majlis Malam Sejambak Budi II:

  • Dato’ Dr. Hj. Mat Yasir B. Hj. Ikhsan (1961-1965) 019-2662365)
  • Tn. Hj. Naziz@ Abd Aziz B. Hj. Mustafa (1960-1964)
  • Tn. Hj. Ahmad Murad B. Jailani (1964-1968) 019-3215000)
  • En. M. Subramaniam (1952-1959)
  • Tn. Hj. Abdul Malek B. Jailani (1971-1976) HP: 019-3675436)
  • En. Manikam A/L Sinnappen (1966-1972) HP: 019-3501330)
  • Tn. Hj. Mohd Nazri B. Mohd Sidek ( 1974-1978) 019-5779561)
  • Datin Salina Bt. Ibrahim (1993-1997) 013-2017008)
  • En. Amizar B. Mahadi (1980-1982) 017-3334566)
  • Pn. Anisahlaile Bt. Mohamed Amin (1978-1982) 019-2541512)
  • Pn. Fathiah Bt. Ab Rashid (1974) 019-6195682)
  • Pn. Norizah Bt. Shafei (1980-1984) 012-6519076)
  • Pn. Salmah Bt. Jumain (1981-1982) 013-2121106/012-2711397)
  • En. Tan Boon Lin (1973-1978) 03-32161980)
  • En. Chong Loon Chie (1972-1977) 012-6535080

“55 YEARS OF EXCELLENCE” DEDICATED TO ALL OUR TEACHERS WHO HAD CONTRIBUTED SO MUCH TO THE ADVANCEMENT OF EDUCATION SPECIFICALLY TO GES/NTSS/STARP

LOKASI PELAN SEKOLAH

PELAN SEKOLAH:

http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=sekolah+Menengah+Kebangsaan+Tunku+Abdul+Rahman,+sabak+bernam,+s


UNIT ICT SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA


Organisasi UNIT ICT SMKTARP Sabak Bernam

Image


Pengerusi : Pn Dr Hjh Rosnah Bt Selamat (Tuan Pengetua)

ImageImageImage

Naib Pengerusi 1 : Ustaz Jamari B Rimon. Naib Pengerusi 2: Tn Hj Muaz B Abd Karim Naib Pengerusi 3: Pn Yuhaniz Bt Mohamed.

Image

Setiausaha/ Penyelaras ICT: En Basori B Hj Abd Rahaman

AJK: Cik Zawahir Bt Daud (Penyelaras ICTL),Cik Azizah,En Amel Ibrahim

Penyelaras Makmal 1: Cik Azizah Wahid, Penyelaras Makmal 2 Dan 3 : En Basori Abd Rahaman

Penyelaras Makmal 4 dan Makmal 5: Amel B Ibrahim

Unit ICT SMKTARP Telah ditubuhkan pada Jan 1999.Adalah menjadi matlamat Unit ini untuk melaksanakan rangkaian network menyeluruh, servis komputer, penggunaan perisian di dalam pendidikan. ICT juga bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi ICT selaras dengan pembangunan IT yang terkini. Bagi tujuan pembangunan staf, ICT memainkan peranan untuk menganjurkan kursus kepada kakitangan bukan akademik untuk menghasilkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Matlamat utama unit ICT adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian dan juga perkhidmatan ICT di dalam lajaran dan pendidikan.

-Mengendalikan rangkaian Menyeluruh SMKTARP.
-Menyokong sistem-sistem yang digunakan di pentadbiran sekolah seperti PPSMI, ISIS, EMIS Data,Pengurusan Bestari dan sebagainya.
-Mentadbir laman web SMKTAR tercanggih dan terkini.
-Kursus berkaitan ICT kepada staf bukan akademik.
-Membaik pulih komputer dan pengagihan komputer kepada seluruh jabatan dan unit-unit.

Image Image

Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra adalah sekolah yang terbaik rangkaian wirwless networknya di Daerah Sabak Bernam. Ada 6 Router Wireless network di pasang di sekolah ini. Bermakna seluruh kawasan sekolah telah ada talian internet secara wireless yang di pasang 24 jam. Menurut laporan dari guru penyelaras ICT pihak ICT sekolah telah memasang 3 unit router (Jenis Dlink), kemudian 3 lagi di pasang oleh pihak kementerian pelajaran tajaan LINKSYS. Router tersebut di pasang di Makmal ICT, Pejabat, Bilik Kaunseling, Bilik guru dan kantin sekolah. Pelajar boleh melayari internet secara percuma di mana-mana kawasan sekolah, termasuk di pintu pagar.

MAKMAL ICT:


Image

Image

Image Image


SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


Image Image

Sekolah ini terletak di lot 5269 dan Lot 5298 dalam Mukim Sabak Bernam. Negeri Selangor Darul Ehsan. dengan keluasan 12 ekar. Jarak dari Pekan Sabak Bernam kira-kira 1 Km. 0.75 Km ke selatan Sungai Bernam. 35 Km dari Bandar Teluk Intan Perak. 110 Km dari Bandar Klang. 145 Km dari Ibu Kota Kuala Lumpur .Terletak di tepi Jln Kalabakan iaitu utama Klang-Teluk Intan. Pendidikan aliran Inggeris dan pembinaan sekolah telah bermula pada pertengahan tahun 1951 di atas tanah yang diwakafkan oleh Dato’ Tan Boon Chong, dengan pemilihan pelajar pelopor seramai 63 orang (33 orang murid Melayu dan 30 orang murid Cina). Pada 7 November 1954, Raja Tun Uda (Menteri Besar Selangor) telah merasmikan sekolah Inggeris pertama, diberi nama Sekolah Rendah Inggeris Sabak Bernam. Pada tahun 1955, seramai 33 orang pelajar (gambar kecil) terpilih setelah berjaya dalam peperiksaan masuk ke sekolah menengah dan menjadi pelopor pelajar yang meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Inggeris. Sekolah Menengah Inggeris Sabak Bernam telah bermula pada awal tahun 1956, namun masih menumpang di bangunan Sekolah Rendah Inggeris dengan ditadbirkan oleh seorang Guru Besar sehingga tahun 1959. Menjelang tahun 1960, pentadbirannya telah dipisahkan dan pelajarnya dipindahkan ke bangunan yang baru iaitu Sekolah Khir Johari (Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari kini.

Bermula dengan 33 orang pelajar, sekolah ini telah mengalami evolusi pertambahan pelajar yang ketara. Pada tahun 1960 seramai 247 orang, 1962 seramai 383 orang seterusnya meningkat kepada 727 orang pelajar pada tahun 1968. Pada tahun 1966, para pelajarnya pula berpindah ke bangunan baru dengan nama Sekolah Lanjutan Jalan Feri (kini SMK Tunku Abdul Rahman Putra .

Sekolah Inggeris ini telah mengalami evolusi nama dan lencana sekolah seperti di bawah:

  • Government English School (GES) Sabak Bernam
  • National Type Secondary School(NTSS) Sabak Bernam
  • Sek. Men. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam
  • SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STAR Putra) Sabak Bernam

LENCANA YANG DIGUNAKAN OLEH SEKOLAH:

Image Image Image



Para Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini:

  1. EN. WILLIAM JALIEH 1960-1962
  2. EN. BENAD FERNANDEZ 1962-1968
  3. EN. MOHD ARIS HJ. OTHMAN 1968 (3 bulan)
  4. EN. YAHYA HJ. ABAS 1968-1970
  5. EN. MOHAMMAD B. AHMAD SANI 1970-1972
  6. EN. MAULAN B. DOLLAH MOKERI 1972-1980
  7. EN. ZAINAL B. ABDUL SAMAD 1980-1985
  8. TN. HJ. ISA B. HAJI ABU 1985-1991
  9. TN. HJ. SHAMSUDDIN B. MAT JAYA 1991-1995
  10. TN. HJ. MAHMUD B. NAIM 1995-1999
  11. TN. HJ. BAJURI B. ABDULLAH 1999-2000
  12. TN. HJ. SURIMIN B. GIMAN 2000-2003
  13. TN. HJ. MD ZAINI B. AB. KUDUS 2004-2007
  14. PN.HJH JAMEAH BT HJ SALLEH 2007-2009



ANUGERAH KUALITI

ANUGERAH KUALITI PPD SABAK BERNAM 2009

Tahniah kepada sekolah kerana berjaya merangkul 14 Anugerah Kualiti 2009 menjadikan sekolah kedua terbaik kualitinya di daerah Sabak Bernam ...

1. Anugerah Pengurusan Pusat Kaji Cuaca Terbaik

2. Anugerah Pengurusan Makmal Komputer terbaik

3. Anugerah Pengurusan Bilik BOSS (SPBT) terbaik.

4. Anugerah Pencapaian 100% Matapelajaran SPM 2008.

5. Anugerah Persatuan Bukan Akademik (Roket) Terbaik.

6. Anugerah Pengurusan Kelas Rancangan Khas Terbaik.

7. Anugerah Pasukan Pakaian Seragam Terbaik (Kadet Polis).

8. Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling (5 Bintang)




TAHNIAH KEPADA PASUKAN ROKET


Image Image


22 JAN 2009 pasukan roket sekolah ini akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa di Thailand - Pulau Phuket. Sekolah mengucapkan jutaan tahniah kepada pasukan ini yang di bimbing oleh jurulatih profesional meluncur roket kebangsasan En Osman (pembantu Makmal sekolah) di atas kejayaan ini.



KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKTARP 2010


Image Image


Kejohanan Merentas desa 2010 akan di adakan pada 22 JAN 2010 Hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi. Ketua guru Olahraga dan Merentas Desa En Noor Hisham B Mustafa bersama En Hassan B Putih, merancang strategi bagi melaksanakan kejohanan tersebut agar berjalan lancar.




Monday, October 25, 2010

OUR SCHOOL WHEN RAINING!!!


Our school when it was raining from the 4th floor


School hall

New car park (2010)
School hall
School Field

Nice view


Stairs



Staff Room



school science park

school science park